Demam Bukit Kepong

12:01:00 PM

"Kami orang2  polis tidak akan menyerah !", jerit Qaed di suatu petang.

Daddy yang sedari tadi memerhatikan keletah hero kecil ini terpegun. Memang askar , polis, malah bomba adalah pekerjaan yang Qaed minat sejak kecil. Pahlawan dan silat serta permainan budaya warisan, pun Qaed minat sejak kecil. Seingat daddy sejak Qaed berusia setahun.

" Biar kami mati di sini, Bukit Kepong menjadi tanah kubur kami!", jerit Qaed lagi dengan lagak gaya sarjan Jamil dalam Bukit Kepong.

Qaed dekati daddy. "Daddy nanti kita balik Johor, kita pergi muzium polis Bukit Kepong", ajakan Qaed sekali lagi buat daddy terpegun.

"Okay, nanti Qaed ajaklah atuk sekali, Johor kan kampung atuk", daddy mengiyakan permintaan Qaed.

" Okay, nanti Qaed ajak atuk sekali, Qaed nak tengok balai polis Bukit Kepong" , Qaed menambah, seronok dalam dunia angan2nya.

Matahari ayun temayun meninggalkan petang, hari akan berganjak. Qaed semakin membesar.

" Semoga semangatmu akan berkekalan nak", bisik hati daddy. Bangga.

Sahabat Mungkin Juga Suka

0 comments