Jangan Takut, Jangan Jadi Penakut

12:32:00 PM



Hening bening waktu ini mengingatkan saya kepada satu 'latihan' yang pernah saya terima daripada arwah ayah.

Sesungguhnya sewaktu zaman kanak2, saya seorang yang penakut !.

Suatu malam, sewaktu umur saya kira2 10 tahun, usai pengkebumian jenazah seorang penduduk di kampung kami ( lebih tepat peneroka di Felda kami ), sungguh2 ayah mengajak saya kembali semula ke tanah perkuburan. "Tertinggal cangkul", katanya.

Sebagai seorang yang menerima amanah membantu menggali kubur di kampung kami, saya amat faham tanggungjawab fardhu kifayah ayah. Tugas itu tidak mengenal waktu. Tika diperlukan waktu malam, malamlah kerja ayah.

"Mungkin ayah kepenatan, maka memerlukan teman", Begitulah perkiraan saya. Saya langsung turutkan ajakan ayah. Terpaksa !

Kami meniti jalan gelap di perkuburan itu. Ayah biarkan saya berjalan di hadapan sambil beliau terangi jalan dengan lampu suluh. Suasana sejuk dan gelap menambahkan rasa takut saya. Sesekali saya berpaling ke belakang memastikan bahawa yang menyuluh itu ayah.

"Jalanlah, apa nak takut?", ayah bersuara seakan tahu perasaan saya waktu itu ( Memang arwah tahu saya penakut! )

Tiba di hujung kawasan perkuburan, keadaan tiba2 gelap gelita. Saya panik dan rasa itu bertambah bila saya dapati ayah tiada di belakang. Ayah telah matikan lampu suluh !.

"Ayah ! " , jerit saya. Diam.
" Ayah !", saya terus mencari ayah. Diam lagi.
" Ayah !", kali ini lebih kuat jeritan saya.

" Jangan jerit , sini kubur", terdengar suara ayah, tapi jauh.

"Ayah kat mana ?", tanya saya.

" Ayah dah dekat pintu pagar. Cepat ke sini", perintah ayah.

Bila saya cuba buka langkah seribu, terdengar perintah ayah.
"Jangan nak lari, terlanggar batu nisan nanti. Anggap ayah ada sekali dengan kamu" .
Pun begitu, saya tetap berlari ! .

Walaupun peristiwa itu rasanya seperti saya dikenakan oleh ayah, saya tetap anggap itu satu latihan supaya saya tidak takut. Tidak menjadi penakut.

Al fatihah untuk ayah.

Sahabat Mungkin Juga Suka

0 comments