03-03-12 .. LAHIRNYA SEORANG PUTERA

10:00:00 AM





ALHAMDULILLAH ... SYUKURKU PADA-MU YA ALLAH,
Tiada apa yang lebih membahagiakan, 
Tiada waktu yang lebih ceria
Tiada rasa yang lebih bercampur-baur ..

Kau lahir anakku
MUHAMMAD QAED AFLAH..
Itulah namamu..
Nama yang terdetik usai solat di surau pada suatu hari ..
Allah memberi ilham.. 
tercetus namamu tatkala Daddy menghayati alunan bacaan surah Al-Mukminun oleh imam..

Lantas Daddy dan Mummy mencari namamu yang terbaik
Bertanya ustaz..
Bertanya guru..
'Bertanya' Allah dalam istikharah ..

3 Mac 2012, tatkala azan Maghrib berkumandang ... 
tangisanmu mengiringi muazzin..


Sahabat Mungkin Juga Suka

0 comments