BERKAWAN UNTUK APA?

3:34:00 PM

Memutar semula segala kenangan hidup.. tiba-tiba terpaut kepada suatu kenangan, perbualan di antara saya dan seorang sahabat yang pernah menjadi 'intan' MLM, kemudian memujuk saya berpayung di bawahnya .. (yang sudah pastinya saya menolak, hehehe )
Dek kerana penolakan tersebut, sahabat menjadi tawar hati, bena tak bena berkawan dengan saya sejak itu....
"kau macam dah tak nak kawan dengan aku saja, marahkah ?..", soal saya suatu hari.
" Perlu kah aku kawan dengan kau?", kasar jawapan sahabat.
"Perlu !", tegas saya
"Boleh bagi sebab ?", sahabat dengan senyum sinis S Kadrisman berbalik soalan kepada saya.
" Sebab aku pernah pergi kursus jenazah, dua kali kalau tak silap, ada pengalaman uruskan jenazah arwah adik, bapa saudara, datuk dan nenek yang meninggal kemalangan, dan ada pengalaman sikit-sikit ikut ayah aku (arwah) ambil ukuran jenazah serta gali kubur ", terang saya persis menjawab soalan penemuduga kerja.
Sahabat terdiam, memandang saya dalam-dalam. Saya puas dengan jawapan saya tadi.
Ya, memang saya ini bukanlah kawan yang boleh menyenangkan kawan semasa hidup dengan wang ringgit, Belum sampai masa dan Rezeki Rabbul Izzah.. ( semoga Allah letakkan saya dalam golongan mereka yang dermawan pada jalan-Nya )
Tapi Insya Allah, dengan Izin Allah saya boleh bantu bila kawan meninggal dunia.
Arwah ayah pernah pesan, dalam ramai-ramai kawan, biarlah ada seorang dua yang tahu menguruskan jenazah !!!

SEKADAR HIASAN

Sahabat Mungkin Juga Suka

0 comments